PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-04 04:49:21

Bila bercerita tentang kek, ramai yang mengatakan penyediaannya agak rumit dan leceh kerana memerlukan bermacam-macam bahan dan alatan memasak. Seperti contoh, ada yang tidak memiliki ketuhar yang menyebabkan aktiviti membuat kek ini menjadi terhad. Oleh itu, resipi kali ini membawakan anda Kek Biskut Coklat yang sangat mudah penyediaannya. Anda cuma memerlukan biskut 4 segi, susu segar dan whipping cream sahaja untuk bahan utama! Jom ikuti perkongsian daripada Resepi Mudah menerusi laman Facebook.


Kredit: Resepi Mudah

 

Bahan-bahan:

  • Biskut butter
  • 1 cawan whipping cream ‘Value Pride Non-Dairy’
  • 1 cawan susu cair atau susu segar

 

Bahan Topping:

  • Serbuk milo
  • Serbuk kopi 3 dalam 1
  • Serbuk coklat


Kredit: Resepi Mudah

 

Cara-caranya:

  1. Masukkan susu segar ke dalam bekas yang sederhana dan rendamkan biskut dengan susu. Biarkan seketika.


    Kredit: Resepi Mudah
     

  2. Kemudian masukkan whipping cream ke dalam sebuah bekas yang besar dan adunkan sehingga teksturnya nampak mengembang.


    Kredit: Resepi Mudah
     

  3. Apabila sudah siap mengadun, masukkan whipping cream ke dalam piping dan guntingkan bucunya. Ini supaya whipping cream dapat dikeluarkan mengikut kuantiti yang sesuai.
     
  4. Setelah siap merendam biskut tadi ke dalam bekas susu segar, keluarkan beberapa keping biskut dan susun ke dalam bekas 4 segi seperti dalam gambar. Pastikan biskut tersebut nampak betul-betul menyerap susu segar tersebut.


    Kredit: Resepi Mudah
     

  5. Kemudian, lorekkan whipping cream di dalam piping tadi di atas biskut tersebut seperti dalam gambar ini.


    Kredit: Resepi Mudah
     

  6. Untuk bahagian topping, gunakan ketiga bahan topping tadi untuk di ayak ke atas permukaan whipping cream. Ketebalannya terpulang mengikut citarasa sendiri.


    Kredit: Resepi Mudah
     

  7. Ulang langkah yang sama untuk menghasilkan lapisan seterusnya sehingga bekas 4 segi itu penuh.


    Kredit: Resepi Mudah


    Kredit: Resepi Mudah


    Kredit: Resepi Mudah


    Kredit: Resepi Mudah


    Kredit: Resepi Mudah

     

  8. Kemudian, simpankan ke dalam peti ais untuk disejukkan selama 4 jam.


    Kredit: Resepi Mudah

Dah siap! Inilah hasil yang anda akan lihat! Nampak menyelerakan kan? Pasti hidangan pencuci mulut ini akan menjadi kegemaran semua orang. Selamat mencuba!


Kredit: Resepi Mudah


Kredit: Resepi Mudah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN