PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-03 09:32:53

Tidak dinafikan, petai sememangnya menjadi antara ulam kegemaran ramai orang. Petai ini boleh dimakan bersama lauk-lauk seperti sambal udang petai, sambal goreng jawa dan juga boleh dimakan begitu saja. Namun, apa yang menjadikan masalah ialah mulut akan berbau busuk apabila memakannya. Walaupun sudah mencuba bermacam-macam cara untuk menghilangkan bau mulut, namun masih gagal untuk mengatasinya.

 


Kredit: Mama Aimi

Jangan risau, ini ada cara yang terbaik dan berkesan untuk menghilangkan bau petai di mulut. Menariknya, bahan yang diperlukan hanya menggunakan terung sahaja! Petua ini terbukti berkesan di mana bau mulut akan hilang dalam masa seminit sahaja. Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Bee Keng menerusi laman Facebook.


Kredit: tvsarawak
 

 

Sayur Terung


Kredit: maukerja
 

Terung ini berasal dari benua India dan ditaman di India dan China sejak 1500 tahun dahulu. Ramai yang masih belum tahu bahawa terung ini sebenarnya mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan diri kita. Sebagai contoh, sayur ini sangat kaya dengan vitamin dan antioksidan yang mampu menjauhkan kita daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung. Bukan itu sahaja, sayur terung ini juga mempunyai elemen yang boleh bantu menghilangkan bau mulut.

 

Caranya sangat mudah dan ringkas! Anda cuma perlu potongkan sahaja terung mentah kira-kira dalam 1 ke 2 cm dan terus kunyah selama seminit. Selepas kunyah anda boleh telan terung tersebut atau dibuang ikut keselesaan masing-masing. Ada yang mengatakan terung mentah ini rasanya manis dan sangat sedap jika dimakan.  Bagi yang sukakan ulaman terung, anda juga boleh merebus dahulu terung sebelum memakannya pada akhir juadah sebagai penghilang bau. Anda akan lihat hasilnya yang sangat bagus selepas memakan terung tersebut.


Kredit: muraiMY

Ada satu lagi cara yang berkesan untuk menghilangkan bau tandas yang disebabkan oleh petai. Caranya adalah dengan meletak sebiji terung yang sudah tidak mahu dipakai. Kemudian, tinggalkan di atas lantai tandas semalaman dan bau akan hilang dengan secepat mungkin.

    

Mudah saja kan? Selepas ini anda tidak perlu lagi risau atau malu untuk bersemuka dengan orang kerana bau mulut kerana memakan petai.. Hanya kunyah terung selama seminit sudah cukup untuk mengatasi masalah bau busuk. Semoga petua ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN