PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-03 02:55:08

Sejak kebelakangan ini, Corndog menjadi trend pilihan makanan terutama di kalangan orang muda. Malah makanan ini dilihat banyak dijual di merata tempat. Kombinasi sosej dan cheese menambahkan lagi kesedapan makanan ini. Apa kata kali ini korang cuba sendiri buat di rumah. Resepi Cheezy Corndog dari Nor Zanita ini confirm jadi macam di luar sana. Jimat pun jimat!

Bahan-bahan:


Kredit: Nor Zanita

  • Roti Gardenia
  • Sosej ayam (dipotong dua)
  • Lidi
  • Mozarella cheese (dipotong dadu)
  • Cheese keeping (dipotong dua)
  • Serbuk roti

 

Cara-caranya:

  1. Cucukkan sosej dan mozzarella cheese menggunakan lidi yang telah disediakan tadi dengan urutan mozzarella cheese, sosej dan mozzarella cheese semula. Selepas siap mencucuk semua sosej dan keju, ketepikan seketika.


    Kredit: Nor Zanita
     

  2. Keluarkan roti keeping gardenia dan letakkan sosej stick dan cheese keping bersebelahan seperti dalam gambar.


    Kredit: Nor Zanita
     

  3. Kemudian, gulungkan roti sekemas-kemasnya. Lakukan langkah yang sama untul roti yang lain dan biarkan seketika.


    Kredit: Nor Zanita
     

  4. Untuk membuat tepung salut, bancuhkan tepung goreng rangup serbanguna bersama sedikit air. Pastikan ia tidak terlalu cair.


    Kredit: Nor Zanita
     

  5. Setelah siap membancuh, celupkan kesemua roti yang sudah siap digulung tadi ke dalamnya. Pastikan tepung salut rata ke setiap bahagian roti yang dicelup.


    Kredit: Nor Zanita
     

  6. Kemudian, taburkan serbuk roti ini di atas pinggan yang leper dan golekkan roti yang sudah disalut tepung tadi ke dalamnya.


    Kredit: Nor Zanita
     

  7. Lakukan langkah ini pada roti-roti yang lain dan pastikan serbuk roti tadi disalut rata pada roti sosej.


    Kredit: Nor Zanita
     

  8. Kemudian, goreng semua roti yang sudah siap disalut tadi dengan api yang sederhana. Pastikan minyak pada waktu itu sudah betul-betul panas jadi tidak perlu menggorengnya terlalu lama.


    Kredit: Nor Zanita
     

Siap!


Kredit: Nor Zanita


Kredit: Nor Zanita

Mudah saja caranya kan? Cheezy Corndog ini elok dimakan panas-panas bersama seisi keluarga, fuhh sedapnyaa! Selepas ini, ibu-ibu tidak perlu runsing lagi memikirkan hidangan apa untuk disediakan waktu petang. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN