PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-25 07:16:19
Masakan pedas ini memang selalu jadi kegemaran masyarakat Malaysia. Lagi-lagi billa tumis cili kering, fuhh baunya harum semerbak! Terus lapar dibuatnya. Tahukah anda? Ada cara yang pantas untuk menyediakan hidangan seperti ayam masak sambal dan juga udang masak sambal. Caranya adalah dengan membuat pes cili kisar terlebih dahulu. Tambahan pula, pes ini boleh bertahan lebih sebulan dan tidak akan berkulat! Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Nad Adleesya menrusi laman Facebook.
Bahan-bahan:
- Cili kering
- 2 labu bawang putih
Cara-cara:
- Guntingkan dahulu cili kering untuk membuang biji-bijinya. Kemudian, basuhkan dengan air biasa.
- Rendamkan dengan air suam yang sudah ditapis supaya ianya kembang. Elakkan daripada mengguna air tapis untuk menjamin kebersihan cili.
- Selepas cili menjadi kembang, masakkan cili kering dan bawang putih. Masak dengan air yang sudah ditapis sehingga mendidih dan kemudian tutup api.
- Apabila rendaman cili sudah agak sejuk, tapiskan dan kisarkan bahan-bahan tersebut. Tambahkan sedikit air dalam ¼ cawan sekiranya air agak kering.
- Kemudian, masukkan dalam bahan yang telah dikisar tadi ke dalam sebuah bekas. Apabila pes sudah sejuk, teruskan menyimpan di dalam peti sejuk.
Dah siap! Kini, anda sudah tidak perlu bersusah payah memotong cili kering setiap kali ingin menggunakannya untuk memasak. Anda hanya perlu menggunakan pes ini sahaja untuk memasak masakan kegemaran anda. Jimat masa kan? Selamat mencuba!