PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-23 16:24:51

Baru-baru ini juadah ringkas Tauhu Berlauk ini viral di laman Facebook. Ramai yang ingin cuba membuatnya kerana penyediaannya yang sangat mudah dan cepat! Bagi yang masih belum tahu cara-cara membuatnya, ini resipi yang dikongsikan oleh Bonda Kynn dari laman Facebooknya sendiri. Oleh itu, jom ikuti perkongsian ini.

Kredit: BondaKynn

 

Bahan-bahan:

  • 2 ketul isi ayam
  • keping tauhu petak tu.
  • ketul tauhu telur yang berbungkus tu.
  • 3 biji telur
  • Bawang besar
  • Lobak
  • Daun sup


    Kredit: BondaKynn

 

Cara-caranya:

  1. Kisarkan tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur hingga ianya halus dan sebati. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas.


    Kredit: BondaKynn
     

  2. Campurkan sekali lobak, bawang besar dan daun sup yang dicincang halus. Kemudian, masukkan garam, ajinomoto, serbuk lada hitam dan seketul kiub ayam. Kacaukan sehingga rata.


    Kredit: BondaKynn


    Kredit: BondaKynn
     

  3. Selepas itu, tuangkan ke dalam acuan lompang dan kukuskan selama 15 minit.


    Kredit: BondaKynn


    Kredit: BondaKynn

     

  4. Teruskan menggoreng tauhu berlauk ini sehingga warna bertukar keperang-perangan.


    Kredit: BondaKynn


    Kredit: BondaKynn
     

Siap untuk dihidang! Elok dicicah dengan sambal kicap, fuhhh pedas-pedas nikmat. Sedapnya! Selamat mencuba!


Kredit: BondaKynn

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending