PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-12 06:00:45
Popia sira sambal merupakan antara kuih yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai. Kuih ini boleh didapatkan di pasar-pasar malam yang ada di sekitar perumahan. Anda juga boleh mencuba sendiri untuk membuatnya di rumah kerana bahan-bahannya mudah dan senang untuk dibuat. Namun, untuk mendapatkan popia sira sambal yang betul-betul rangup agak sukar kerana cara-caranya yang berlainan. Bagi yang lebih menyukai tekstur popia yang rangup, ini beberapa tips yang anda boleh ikuti daripada NoraFiza Kamarin.
Kredit: NoraFiza Kamarin.
Bahan-bahan inti:
- 1 paket kulit popia (50keping)
- 1 biji sengkuang (saiz sederhana)
- 3 biji lobak (saiz sederhana)
- Udang geragau (2 sudu besar)
- Sedikit serbuk perasa
Cara-cara:
- Sagat sengkuang dan lobak kepada bentuk memanjang.
- Tumiskan semua bahan dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak sehingga bahan layu.
- Kemudian, toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak dan sengkuang kering. Ini untuk memastikan kulit popia kekal rangup, berkilat dan tidak koyak.
Kredit: NoraFiza Kamarin.
- Sekiranya bahan inti sudah kering dan sejuk, anda boleh mula untuk menggulung popia.
Kredit: NoraFiza Kamarin.
- Pastikan anda tidak menggulung popia terlalu ketat. Elakkan juga mengisi inti terlalu banyak supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.
Kredit: NoraFiza Kamarin.
- Kemudian, lekatkan dengan air pada hujung gulungan supaya tak terbuka
- Setelah siap menggulung semua popia, teruskan menggoreng dengan api yang sederhana sehingga kulit popia nampak garing.
Kredit: NoraFiza Kamarin.
- Toskan popia goreng bagi suam-suam sejuk sebelum disira.
Bahan-bahan sambal sira:
- 10 tangkai cili kering
- ½ labu bawang putih
- 15 sudu besar @ 1 ½ cawan kopi gula pasir
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil perasa cukup rasa
- 2 sudu besar bijan
- 5 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Kisarkan cili kering bersama bawang putih yang disediakan tadi. Kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Api sedang sahaja. Tidak perlu ditambah dengan air.
- Lebihkan gula dari cili untuk memastikan popia kekal rangup. Tunggu sehingga tekstutnya pekat serta berbuih. Kemudian, tutup api.
- Apabila sambal sudah suam, masukkan popia dan gaul sehingga rata.
- Susun popia dalam dulang dan elakkan menindih popia dengan yang lain untuk mengekalkan kerangupan popia.
Dah siap! Boleh dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!
Kredit: NoraFiza Kamarin.