PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-10 08:33:21
Semenjak sekolah dibuka kembali selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setiap pagi ibu-ibu di rumah mesti sibuk menyiapkan bekal makanan buat anak-anak ke sekolah. Ini juga untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada risiko virus yang masih aktif di luar sana. Namun, kadang-kadang sudah pasti ibu-ibu akan kehabisan idea untuk memikirkan menu apa untuk dibekalkan. Haa, inilah masanya untuk para ibu di rumah membuat roti sosej roll untuk anak-anak. Persiapannya juga sangat mudah, ibu-ibu pun sudah tidak perlu kelam-kabut memasak di pagi hari. Oleh itu, jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Roserosnah Rose menerusi laman Facebooknya.
Bahan-bahan:
- Roti loaf
- 4 batang sosej (atau mengikut kuantiti yang diingini)
- 2-3 biji telur
- Bread crumbs
- Garam secukupnya
Cara-cara:
- Pecahkan telur ke dalam bekas yang disediakan. Kemudian, pukul telur sehingga sebati dan kembang. Ketepikan untuk seketika.
- Leperkan sedikit roti dengan menggunakan tangan. Kemudian, belahkan sosej kepada dua bahagian.
Kredit: Keluarga
- Letakkan sosej di atas roti yang telah dileperkan.
- Kemudian, mula untuk menggulung roti tersebut dengan kemas. Lakukan untuk roti-roti lain mengikut kuantiti yang diinginkan.
- Setelah siap menggulung, celupkan satu per satu roti sosej ke dalam bekas telur yang telah disediakan tadi.
- Kemudian, salutkan roti sosej tadi dengan bread crumbs.
- Gorengkan menggunakan api yang sederhana sehingga warna roti nampak keperangan.
Siap untuk dibekal! Mudah saja kan? Mesti anak-anak pun suka dengan meal box ini. Selamat mencuba!
Kredit: Roserosnah rose