PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-06 13:46:41

Bila disebut tentang Pizza, pasti ramai terbayangkan kelazatannya ketika dimakan waktu panas-panas. Lebih-lebih lagi kalau diletakkan lebih keju sebagai topping pizza, fuhh sedapnyaaa! Sudah tentu ramai ingin mencuba membuat Pizza sendiri di rumah, terutamanya anak-anak muda yang lumrahnya sangat menggemari makanan barat ini. Menariknya, kini sudah ada cara yang lebih mudah untuk memasak Pizza homemade. Caranya adalah dengan hanya menggunakan kuali sahaja! Oleh itu, jom ikuti perkongsian Murni Rahmat menerusi laman Facebook.


Kredit: Murni Ahmad

Bahan-bahan:


Kredit: Murni Rahmat

Bahan doh pizza:                                                                

  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan air suam (dicampur bersama sedikit mauripan)
  • 1 paket mauripan @ yis kering
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu makan gula
  • Secubit garam

*Uli bahan-bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit

Bahan topping:

  • Bawang besar (dihiris)
  • Sos pasta tradisional
  • Sosej (dipotong)
  • Ayam (dipotong kiub)
  • Cendawan butang
  • Nanas
  • Keju

*Pilihan bahan topping terpulang mengikut citarasa sendiri

 

Bahan sos:

  • 3 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 1 biji bawang besar/holland (dikisar)
  • 1 sudu kecil mix herbs
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 3 biji tomato (dikisar)

Cara penyediaan sos:

  1. Tumiskan bawang putih tadi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bawang dan tomato yang sudah dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan tomato puree dan kemudian tambahkan mix herbs serta kiub ayam.
  3. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.

 

Cara-cara:

  1. Untuk penyediaan topping, tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan topping yang disediakan tadi.


    Kredit: Murni Rahmat
     

  2. Tumiskan sehingga cukup masak. Perasakan dengan garam dan lada hitam, kemudian ketepikan seketika.
     
  3. Bagi penyediaan doh, mulakan dengan menggaul tepung dengan minyak. Tambahkan 2 cawan air tadi dan teruskan menguli sehingga doh tidak melekat di tangan. Kemudian, tutupkan bekas doh dengan tuala dan rehatkan selama 1 jam.


    Kredit: Murni Rahmat
     

  4. Selepas satu jam, doh akan menaik 2 kali ganda. Tumbukkan sedikit doh untuk mengeluarkan anginnya.


    Kredit: Murni Rahmat
     

  5. Bahagikan doh kepada 5 bahagian ataupun lebih. Bentukkan doh kepada bulat dan leper. Kemudian, letakkan di atas kuali untuk dimasak tanpa memerlukan minyak atau apa-apa lapik.


    Kredit: Murni Rahmat
     

  6. Masak doh tadi dengan api yang kecil selama 10 hingga 15 minit mengikut ketebalan pizza yang anda buat tadi. Tutupkan dengan tudung periuk.


    Kredit: Murni Rahmat
     

  7. Agak-agak sudah hampir masak, sapukan sos yang sudah di siapkan tadi di atas permukaan doh.


    Kredit: Murni Rahmat
     

  8. Kemudian, teruskan meletak topping yang sudah tersedia di atas permukaan doh di dalam kuali. Ini supaya topping tersebut akan turut dimasak di dalam kuali bersama doh. Tunggu sehingga keju pun turut cair.


    Kredit: Murni Rahmat


    Kredit: Murni Rahmat
     

  9. Tutup api dan angkatkan untuk diletakkan di atas pinggan yang leper.


    Kredit: Murni Rahmat

Siap! Sesuai dihidang panas-panas dan dimakan bersama kawan-kawan. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN