PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-03 09:58:13
Sambutan raya haji dah lepas, tapi stok daging masih banyak lagi. Masak sup tulang dah buat, rendang tok pun dah buat. Nak buat masa apa lagi ni? Haa, apa kata kita cuba buat masakan daging goreng ala thai ni. Rasa dia umpama makan di restoran di Thailand. Fuhh, sedapnya! Oleh itu, jom kita ikuti resipi yan dikongsikan oleh Fatt Dina menerusi laman Facebooknya.
Kredit: Fatt Dina
Bahan-bahan:
- Daging (800g)
- 5 sudu biji ketumbar (dikisar atau ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris halus)
- 1 sudu besar lada hitam (dikisar atau ditumbuk)
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam secukup rasa
- Butter atau majerin (untuk ditumis)
Bahan-bahan untuk sos:
- Serbuk cili thai
- Gula kabung atau somtam (jika tiada, boleh gunakan 2 sudu gula putih)
- 2 sudu beras (digoreng atau disangai kemudian dikisar halus)
- 2 sudu perahan air limau nipis
- 3 sudu air asam Jawa
- Sos ikan
- 3 ulas bawang kecil merah (dihiris nipis)
- Daun ketumbar dan daun bawang
Cara-cara:
- Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih. Perapkan selama 30 minit ke 2 jam.
- Untuk penyediaan sos, campurkan semua bahan-bahan sos dan kacau sehingga sebati.
Kredit: Fatt Dina
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Selepas daging diperap secukupnya, goreng daging sehingga masak.
- Kemudian, gaulkan daging yang telah dimasak tadi ke dalam sos.
Kredit: Fatt Dina
Siap! Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit: Fatt Dina