PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-07-29 08:38:41
Bila dah selalu sangat masak bermacam jenis lauk, mesti sesekali ibu-ibu di dapur buntu nak masak apa kan? Kadang-kadang, kita pun teringin menikmati sesuatu hidangan yang mudah disediakan tapi dalam masa yang sama masih mampu menaikkan selera makan. Betul tak? Contohnya seperti menu sambal bilis tempoyak, semestinya enak dimakan bersama nasi panas. Fuhh! Oleh itu, jom kita ikuti resipi yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha menerusi laman Facebook.
Bahan-bahan:
- Ikan bilis
- Cili api (bilangan cili terpulang mengikut kepedasan yang diingini)
- Bawang kecil & bawang putih (ditumbuk)
- Bawang besar (dihiris)
- Petai (dihiris)
- 2 ke 3 sudu besar tempoyak
- Asam keping
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Cuci ikan bilis sehingga bersih. Kemudian, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan.
Kredit: Rasa
2. Untuk penyediaan sambal tempoyak, tumbuk cili api sehingga lumat dan campurkan tempoyak tadi bersama garam secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan biarkan seketika.
3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Kemudian, masukkan sos tiram dan asam keping. Gaulkan.
Kredit: Keluarga
4. Masukkan petai dan bawang besar. Biarkan masak seketika dan masukkan sambal tempoyak yang telah disiapkan tadi.
Kredit: Rasa
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Gaul sehingga rata untuk memastikan garam sebati dalam sambal.
Dah siap! Sesuai untuk hidangan buat seisi keluarga. Selamat mencuba!