PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-10-10 05:13:58

Berapa lama korang bagi antara waktu makan dan tidur?  Perkara ini amat penting untuk memastikan korang tak lapar sebelum tidur. Ramai antara kita suka sangat makan lewat malam. Termasuklah Admin sendiri. Tak pe, kita belajar sama-sama. Inilah padah makan lewat malam.

1. Menambah Berat

Photo Credit: medlife.com

Badan kita perlukan sedikit masa untuk bakar kalori tambahan dalam badan selepas makan tetapi kalau kita tidur, ia akan gagal untuk melaksanakan tugas itu. Apabila proses itu gagal berlaku, Kalori berlebihan akan disimpan dan semakin bertambah menyebabkan perubahan pada hormon.

2. Gangguan Tidur

Photo Credit: bbc.com

Makanan atau minimum berkafein macam teh atau kopi boleh memberikan kesan negatif kepada kuantiti serta kualiti tidur kita. Bukan sahaja mengurangkan tidur kita pada malam tersebut, tetapi juga menambah tidur pada malam seterusnya. Ini menyebabkan badan kita tidak menerima tidur yang sekata.

3. Meningkatkan Rasa Lapar Hari Seterusnya

Photo Credit: theconversation.com

Makan makanan dalam kuantiti yang besar pada lewat malam tak bererti kita akan makan kurang pada hari berikutnya. Sebaliknya, ia akan menyebabkan kita makan lebih sebab insulin yang sepatutnya memberi respons terganggu. Korang kena berhati-hati sebab kegagalan aktiviti ini boleh menyebabkan penyakit yang sangat serius terhadap badan.

4. Gangguan Respon Hormon

Photo Credit: freepik.com

Insulin yang bertanggungjawab mengagihkan glukosa dari darah menjadi lemah bila korang makan lewat malam. Ini secara tidak langsung meningkatkan peratusan kejadian diabetes. Jadinya, banyak lagi penyebab kencing manis. Bukan makan dan minum manis je tau.

5. Risiko Mati

Photo Credit: teepublic.com

Jadi, apabila kita berkumpul semua impak di atas, risiko mati juga lebih tinggi. Kadar penyakit jantung dan organ-organ lain dalam badan kian meningkat menyebabkan sistem saluran dalam badan kita terganggu dan lemah. 

Bukan main-main ye padah makan lewat malam. Jangan fikir sedap je makan. Sedap untuk waktu tu je. Kita perlu fikir masa depan dan masa depan tak cerah kalau asyik makan lewat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN