PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-10-07 05:06:08
Makanan pedas merupakan satu nikmat kecil dalam dunia yang sememangnya mempunyai impak besar kepada selera makan kita. Rasa pedas yang sakit, tapi membangkitkan nafsu makan kita dengan caranya sendiri. Namun, tanpa korang sedar, makanan pedas membuatkan korang tidak selesa, berpeluh dan perut memulas. So apa persediaan sebelum mula makan pedas?
1. Air Suam
Photo Credit: bonvitastyle.com
Ramai yang mencari air sejuk kalau tengah makan pedas. Mesti lah kalau rasa panas nakkan ais kosong kan? Namun, sebenarnya penawar rasa terlalu pedas ialah air suam. Ia lebih bagus mencuci mulut daripada pedas berbanding air sejuk. Kalau nak lagi cepat kurangkan pedas, boleh juga kerkumur dengan air suam.
2. Duduk Dekat Dengan Kipas
Photo Credit: bustle.com
Pastikan korang tak berpeluh apabila makan pedas. Pilihan tempat sangat penting sebelum start makan. Kalau duduk di tempat panas atau tak berangin, lagi banyak korang terseksa . Satu badan akan berpeluh dengan kurangnya pengaliran angin.
3. Sediakan Susu
Photo Credit: dairyfarmersofcanada.ca
Ia antara minuman yang paling efektif untuk hilangkan rasa pedas. Dalam susu mengandungi protein yang akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Susu coklat juga efektif. Mungkin lagi efektif dari coklat biasa. Yang penting pastikan susu itu tidak rosak ye. Nanti mulut rasa pedas dan perut pula rasa memulas.
4. Minyak Zaitun
Photo Credit: healthline.com
Minyak zaitun mengandungi sejenis lemak yang dapat menyejukkan kita daripada haba panas. Dengan mengambil beberapa sudu selepas makan pedas, ia pasti dapat menyelamatkan korang dari keseksaan rasa pedas.
5. Gula
Photo Credit: worldatlas.com
Mungkin korang tak tahu yang ni, tapi manis dari gula dapat menyerap rasa pedas dari lidah korang dan neutralkan rasanya. Tapi jangan lah makan banyak sangat gula. Nanti kencing manis pula satu lagi masalah.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan untuk korang. Kebanyakan dalam list ni biasanya orang dah ada dalam rumah so tak de lah susah nak kena keluar mencari. Apa-apa pun, selamat menjamu makanan pedas kesukaan korang!