PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-09-26 05:30:40

Bagi para ibu-ibu, hasrat untuk memiliki dapur yang selalu nampak bersih dan kemas merupakan satu kebanggaan untuk diri mereka. Walaupun begitu, tiap-tiap hari mesti ada bahan dapur yang berselerak di atas meja. Ye lah, masak tu hari-hari, bukannya kadang-kadang. Jadi bukan kejutan lah kalau bersih dan kemas tu sementara je. So macam mana nak pastikan dapur ni selalu nampak bersih? Ini dia, life hacks!

1. Kumpulkan Peralatan Yang Sekumpulan

Photo Credit: cutleryandmore.com

Kalau korang ada peralatan yang memang dalam set macam sudu, garpu atau senduk, sebaiknya letak peralatan itu dalam setempat. Jadinya, satu tempat tu memang untuk alat-alat macam tu je. Cara menyusun tu pun kena pastikan nampak kemas lah. Kalau campak je semua letak setempat pun tak nampak kemas. So take note!

2. Gunakan Bakul 

Photo Credit: amazon.com

Bakul ni sesuai untuk letak barang-barang kecil atau halus. Kalau lah tak de tempat lain. So atleast tak de nampak berselerak kalau dalam bakul. Perbanyakkan ada bakul-bakul rotan atau apa-apa bakul lah. Tak kisah asalkan boleh simpan banyak-banyak barang kecil. Ia mampu mengubah rupa dapur.

3. Lebihkan Penggunaan Ruangan Bawah Sink

Photo Credit: housebeautiful.com

Selain ada paip sink tu, banyak ruang kat bawah tu yang boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang kering macam sponge atau periuk. Tempat tu memang sesuai sebab bila dah tutup pintu ruangan tu, dah tak nampak apa-apa. So lebihkan menggunakan ruang tu.

4. Pilihan Tong Sampah

Photo Credit: bhg.com

Memang lah hanya tong sampah, tapi rupanya pun main peranan nak bagi nampak dapur bersih dan kemas. Pastikan rupa tong sampah tu nampak elok dan letakkannya di area yang tak pelik atau ganggu area pemandangan.

5. Jangan Tangguh Bersihkan Peralatan

Photo Credit: rd.com

Konsistensi adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup. Begitu juga dalam dapur. Lepas dah guna mana-mana peralatan, konsistensi untuk membersihkannya adalah penting. Bukannya nanti, tapi betul-betul lepas gunakannya. Kalau cakap nanti, memang sah lepas tu akan lupa. Bila lupa je, waktu tu lah akan bertambah peralatan kotor.

Nak dapur bersih dan kemas, perlukan disiplin. Jadinya, nak rupa dapur bersih untuk dipandang, kena lah rajin kemas hari-hari. Ia satu usaha berterusan daripada korang. 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN