PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-06-11 08:32:26

Selalu time raya kita akan beli atau dapat biskut-biskut raya dalam kuantiti yang banyak. Yelah, raya kan sebulan? Tapi kadang-kadang tu, tak sampai sebulan dah lemau dan tak ranggup! Frust betul! Nak buang dan beli baru rasa macam rugi.

Jadi apa solusinya? Ha, korang kena pandai simpan agar kuih tu tahan lama! Korang boleh ikut petua kat bawah ni! 

Petua Elak Biskut Raya Menjadi Lemau

Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Foto kredit: Carousell

 

Pastikan bekas tersebut kedap udara dan ditutup dengan betul! Kalau bekas tu bukan bekas kedap udara, korang tak buka bekas tu pun boleh lemau tau kuih-kuih tu semua.

 

Balang Mesti Betul-Betul Kering

 

Sebelum korang letak biskut-biskut dalam balang, pastikan bekas tersebut betul-betul kering. Biskut akan lebih cepat rosak jika ada kelembapan dalam bekasnya.

Asingkan Setiap Jenis Biskut! Jangan Campur Aduk!

 

Setiap jenis biskut diadun dengan bahan yang berbeza.Jadi, korang tak boleh campurkan semua biskut dalam satu bekas! Asingkan setiap kuih raya dalam bekas yang berbeza. Jika dicampur, biskut akan lebih cepat lemau.

Simpan dalam freezer!

   

Mungkin korang tidak tahu pasal teknik ini tapi kalau simpan biskut-biskut raya dalam freezer, ia akan tahan untuk masa yang sangat lama.

Cara Selamatkan Biskut Raya Yang Lemau

Foto kredit: VanillaKismis.com

Bila hari raya, memang kita sukar untuk mengawal tetamu yang hadir kan? Jadi, walau macam mana kita jaga pun, bekas dah lap, guna bekas kedap udara tapi kadang-kadang lemau juga. Jangan risau, korang masih boleh selamatkan kuih raya korang tu! 

Hanya perlu bakar semula biskut yang lemau tadi dengann suhu 180C selama lima minit. Biskut korang yang lemau itu akan kembali rangup dan sedap!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN