PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-04-19 04:49:48

Perasan tak sayur yang anda baru beli dalam dua tiga hari mesti akan layu? Renyah kan bila nak kena selalu ke pasar tapi beli dalam kuantiti sikit je sebab takut nanti sayur tak sempat masak dah layu. Kami ada beberapa tips untuk bagi sayur anda tahan lebih lama. Teruskan membaca!

RENDAM SAYUR

Anda perlu rendam sayur selama 5 ke 10 minit dan biarkan ianya betul-betul tenggelam. Anda tidak perlu potong tangkainya. Hanya potong semasa anda mahu memasak sahaja. 

LETAK GARAM

Sayur yang kita beli dipasar sudah semestinya telah disembur dengan bahan kimia supaya kekal lama dan segar. Untuk membuang sisa bahan kimia yang ada pada sayur, anda perlu rendamkan sayur di dalam air yang berisi garam selama 10 minit sebelum memasak. Selepas itu, basuh sayur seperti biasa.

SIMPAN DALAM BEKAS YANG SESUAI

Untuk mengekalkan kesegaran sayur, simpan dalam bekas yang kedap udara seperti Tupperware atau plastik ziplock. Selepas itu, anda boleh simpan di ruangan simpanan sayur di dalam peti sejuk anda. Insha Allah, sayur anda akan kekal segar selama seminggu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN