PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-24 02:43:35

Mashed potato atau kentang putar merupakan antara makanan yang paling digemari oleh anak-anak kalau ke KFC betul tak? Kalau tak order ayam goreng mesti mashed potato menjadi pilihan hati semua orang. Tapi, takkkan lah nak makan di restoran makan segera setiap hari kan?  Sekarang, tidak sukar lagi untuk membuat kentang putar sendiri di rumah kerana caranya sangat mudah. PKP pun sekarang menghalang kita sekeluarga untuk keluar sangat jadi apa kata kita cuba resepi mashed potato ala-ala KFC yang dikongsikan oleh Resepi Bonda di Facebook.

 

Kredit: Resepi Bonda

 

Bahan-bahan:

  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
  • Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

 

Kredit: Resepi Bonda

 

Cara-cara:

  1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
  2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.
  3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
  4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
  5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata (guna hand blender nak senang dapat texture halus).

 

Kredit: Resepi Bonda

 

Bahan-bahan Sos (Gravy):

  • 1 labu bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dadu)
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung gandum atau tepung jagung
  • 2 kiub ayam
  • lada hitam dan lada sulah
  • 2 1/2 cawan air

 

Cara-cara buat Sos (Gravy):

  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang (api sederhana). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna karamel).
  2. Masukkan tepung gandum/jagung dan kacau terus sehingga tepung  menjadi warna coklat atau sehingga menjadi warna sos yang korang suka.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Tutup api masuk blender. Blend sampai semua hancur. Masak balik atas api sederhana.
  4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.

 

Kredit: Resepi Bonda

 

Selamat Mencuba

Kredit: Resepi Bonda

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN