PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-20 04:25:37

Kalau pergi Vietnam, tak sah kalau tak makan spring rolls kan? Sekarang ni korang boleh cuba buat sendiri.Tak perlu ke Vietnam semata nak rasa spring roll. Vietnamese spring roll atau Goi Cuon merupakan salah satu appetizer (pembuka selera) yang semakin popular di Malaysia. Apa yang membezakannya dengan popia yang biasa kita makan di sini adalah bahan-bahannya seperti udang, ketam dan sayuran semuanya dihidang segar dan kemudian digulung menggunakan rice paper.

Seolah-olah memakan salad, anda pasti tak sangka betapa sedapnya spring roll ini. Bahkan, orang yang tak suka sayur pun boleh terpikat. Tambahan pula apabila dicicah dengan sosnya yang power! Jom cuba resepi Vietnamese Fresh Spring Rolls (Gỏi cuốn) dari Eddy Rusdi Abdullah yang dikongsikan di kumpulan Resipi Viral di Facebook.

 

Kredit: Eddy Rusdi Abdullah

 

Bahan-bahan

  • Rice paper
  • Soohoon
  • Salad
  • Isi ketam
  • Udang
  • Carrot
  • Timun

Kredit: Eddy Rusdi Abdullah

 

Bahan untuk Sos Pencicah sos cili thai

  • Bawang Putih (potong dadu) *4 ulasCili api  *6 tangkai tumbuk atau kisar
  • Sos plum
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Daun ketumbar
  • Sos ikan sikit

 

Kredit: Eddy Rusdi Abdullah

 

Cara membuat Spring Roll:

1. Celup rice paper ke dalam air kemudian lap dengan tuala bersih.
2. Susun serba sedikit bahan-bahan lain ke atas kulit rice paper kemudian gulung rapi.

 

Kredit: Eddy Rusdi Abdullah

 

Selamat Mencuba

Kredit: Eddy Rusdi Abdullah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN