PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-19 04:53:40
Lontong merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia kerana ada banyak bahan sayuran dalam kuahnya, selain dimasak bersama udang segar dan dipadankan pula dengan keenakan sambal tumis ikan bilis yang pedas. Lontong juga boleh dimakan bersama kuah kacang. Lontong selalu dihidangkan untuk sarapan pagi. Jadi ibu-ibu boleh cuba resepi ini. Keluarga mesti suka. Jadi marilah kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak di kumpulan Resepi Viral di Facebook.
Kredit: Novelis Afieyza Isahak
Bahan-bahan:
- Nasi impit (rebus)
- Bawang besar*
- Bawang putih*
- Serai*
- Lengkuas*
- Halia*
- Buah keras*
- Kunyit hidup*
- Udang kering*
- Ikan bilis*
(Yang bertanda * kena kisar)
- Lobak merah, kacang panjang dan tauhu.(goreng terlebih dahulu)
- Udang dan pucuk(rendam sekejap)
- Suun (basuh sahaja)
- Santan sekotak besar
- Kiub ikan bilis
- Asam keping
- Bahan perasa
- Telur rebus
- Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang
Kredit: Novelis Afieyza Isahak
Kredit: Novelis Afieyza Isahak
Cara-cara:
- Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air untuk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak sehingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.
- Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan suun dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.
- Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh dimakan setelah bismillah.
Kredit: Novelis Afieyza Isahak
Kredit: Novelis Afieyza Isahak
Kredit: Novelis Afieyza Isahak
Selamat Mencuba
Kredit: Novelis Afieyza Isahak