PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-18 04:24:10

Menu wajib setiap kali ke restoran untuk makan besar bersama keluarga ialah ikan siakap 3 rasa. Pastinya menu ni menjadi kegemaran sekeluarga. Rasanya ramai lagi yang memang sukakan masakan 3 rasa ni kan? Memang sedap. Selain masak ikan siakap apa kata guna ikan bawal pula. Jika makan di restoran harganya pulak boleh tahan mahal. Apa kata kita cuba masak sendiri di rumah dengan resepi ikan bawal masak 3 rasa yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha di kumpulan Resepi Ibu di Facebook.

 

Kredit: Suisan Aliezsha

 

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal (goreng dan letak tepi dulu)
  • Cili kering dikisar (2 sudu besar)
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, jus limau ( semua tiada sukatan. Agak-agak je)
  • Bawang putih (ketuk)
  • Bawang besar atau bawang holand (potong dadu)
  • Nenas dan tomato (dipotong)
  • Cili api (dipotong)
  • Serai (dihiris)
  • Daun ketumbar (hiasan)

Kredit: Suisan Aliezsha

 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Pastikan minyak tak terlalu banyak.
  2. Masukkan bawang putih, cili kering dan segala sos.
  3. Masukkan sedikit air kemudian masukkan jus limau. (Pastikan gula dan garam terasa)
  4. Tambahkan sedikit serbuk perasa.
  5. Kemudian, masukkan bawang besar, nenas, cili api dan tuangkan kuah ke atas ikan bawal yang digoreng tadi.
  6. Akhir sekali, hiaskan dengan daun ketumbar dan sedia untuk dimakan.

 

Kredit: Suisan Aliezsha

 

Selamat Mencuba

Kredit: Suisan Aliezsha

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN