PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-10 04:49:23
Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ini mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden. Bagi yang nak cuba sangat tapi tak larat nak beratur, bolehlah cuba resipi Oden homemade perkongsian Cik Puan Akma di laman Facebooknya.
Kredit: Cik Puan Akma
Bahan-bahan:
- 2 paket perencah tomyam adabi.
- 2 paket perencah sup siam adabi.
- 1 paket perencah asam pedas adabi.
- 2 pcs kiub pati ayam.
- Air 1.5 liter.
- Gula 1 sudu.
Kredit: Cik Puan Akma
Cara-cara:
- Masuk semua perencah biar mendididih
- Masukkan semua bahan-bahan steamboat.
- Siap! Boleh makan panas-panas. Masam-masam manis pedas. Yummy!
- Kalau ada sayur boleh letak sayur contoh sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan lain-lain.
Kredit: Cik Puan Akma
Kredit: Cik Puan Akma
Selamat Mencuba
Kredit: Cik Puan Akma