Bagaimana cara nak masak Pengat Sukun?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pengat Sukun
Bagaimana cara nak masak Pengat Sukun?
BAHAN-BAHAN
- 1 biji sukun (500 gram)
- 2 sudu makan sagu mata ikan (Dibasuh dan tuskan)
- 1 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- ½ cawan gula pasir
- 1 sudu makan gula merah
- 1 cawan air
- 3 helai daun pandan
- Sedikit garam
Bahan A
Bahan B (Air gula)
CARA PENYEDIAAN
- Sukun dibuangkan kulit dan dipotong dadu besar.
- Bagi membuat air gula, masakkan bahan B sehingga mendidih. Tapiskan.
- Masukkan sukun dan air ke dalam periuk. Masakkan sehingga lembut.
- Masukkan sagu mata ikan dan kacau sehingga masak (jernih).
- Masukkan air gula dan santan. Kacau rata sehingga mendidih sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
- Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.