Bagaimana cara nak masak Bubur Lambuk Sedap?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Lambuk Sedap

Bagaimana cara nak masak Bubur Lambuk Sedap?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 cawan beras (Direndam 30 minit dan tuskan) 
  • 2 biji keledek oren 
  • 5 cawan air 
  • 2 ekor ikan selayang (Dibersihkan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk) 
  • 5 ulas bawang merah (Dihiris) 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Sayur)
  • 5 tangkai pucuk ubi 
  • 5 batang daun cekur manis 
  • 1 ikat pucuk paku hijau 
  • 5 pokok kangkung 
  • 2 tangkai daun kaduk 
  • 4 tangkai daun kesum 
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris)
CARA PENYEDIAAN
    1. Keledek dibuangkan kulit dan potong kecil.  
    2. Beras dan keledek dimasukkan di dalam periuk bersama air dan masakkan sehingga kembang. 
    3. Ikan selayang digaulkan dengan sedikit garam. Bakar sehingga masak dan ambil isinya sahaja. 
    4. Potong semua sayuran, basuh dan tuskan. 
    5. Masukkan isi ikan, santan, lada hitam, bawang merah, sayur-sayuran dan garam ke dalam bubur. Kacau rata sehingga sayur-sayuran layu dan lembut. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN