Bagaimana cara nak masak Kek Pandan?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Pandan
Bagaimana cara nak masak Kek Pandan?
BAHAN-BAHAN
- 200 g mentega
- 180 g gula kastor
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen pandan
- 280 g tepung naik sendiri (diayak)
- ½ cawan susu cair
- ½ cawan air pandan
CARA PENYEDIAAN
- Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Mentega dan gula kastor dipukul sehingga gebu dan ringan.
- Masukkan telur satu per satu dan esen pandan. Kacau rata.
- Masukkan tepung naik sendiri berselang-seli dengan susu cair.
- Masukkan air pandan dan kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang.
- Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 40-45 minit.
- Sejukkan dan sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.