Bagaimana cara nak masak Kek Marble Coklat?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Marble Coklat
Bagaimana cara nak masak Kek Marble Coklat?
BAHAN-BAHAN
- 250 g mentega
- 40 g marjerin
- 210 g gula kastor
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 230 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
- 80 ml susu segar
- 30 g serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
- Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Pukul mentega, marjerin, dan gula kastor sehingga gebu dan ringan.
- Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar. Kacau sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 10 minit.
- Sendukkan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
- Bakar adunan selama 50-60 minit dengan suhu 170°C.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.