Bagaimana cara nak masak Kek Keju Lapis Coklat?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Keju Lapis Coklat
Bagaimana cara nak masak Kek Keju Lapis Coklat?
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan susu segar perisa coklat
- 1 cawan minyak
- ¾ cawan serbuk koko
- ½ cawan susu pekat manis
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 ¼ cawan tepung superfine (diayak)
- 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
- 1 sudu teh pes coklat
- 250 g krim keju
- ½ cawan gula kastor
- 1 biji telur
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan A (Kek)
Bahan B
Bahan C
Bahan D (Krim Keju)
CARA PENYEDIAAN
- Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 8 x 8 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Didihkan air kukusan dengan api sederhana.
- Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Masak di atas api kecil sehingga semua larut. Padamkan api dan tapiskan ke dalam mangkuk besar.
- Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanila sehingga kembang.
- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam larutan coklat. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan pes coklat. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
- Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati. Bahagikan kepada dua bahagian. Ketepikan.
- Pukul krim keju dan gula kastor sehingga gebu.
- Masukkan telur, jus lemon, dan tepung jagung. Pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan separuh adunan kek coklat ke dalam loyang. Kukus selama 15-20 minit api kecil.
- Masukkan pula semua adunan keju dan kukus selama 15-20 minit lagi.
- Masukkan baki adunan kek coklat dan kukus selama 20 minit lagi ataupun sehingga masak.
- Sejukkan dan potong. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.