Bagaimana cara nak masak Kek Keju Coklat Oren
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Keju Coklat Oren
Bagaimana cara nak masak Kek Keju Coklat Oren
BAHAN-BAHAN
- 130 g krim keju
- 150 g mentega
- 150 g gula perang
- 4 biji telur (gred A)
- 2 sudu makan jus oren Sunquick
- 100 g badam cencang (dipanggang)
- 1 biji buah oren Sunkist
- 260 g tepung gandum
- 30 g serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- 250 g krim keju
- 60 g mentega
- 60 g gula aising (diayak)
- 200 ml whipping cream
- 2 sudu makan jus lemon
Bahan A
Bahan B (Diayak)
Bahan C (Bahan Hiasan)
CARA PENYEDIAAN
- Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 8 x 8 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Pukul krim keju, mentega, dan gula perang sehingga putih dan gebu.
- Masukkan telur satu per satu. Pukul lagi sehingga adunan berkrim.
- Masukkan semua bahan B dan jus oren Sunquick. Parutkan kulit oren Sunkist ke dalam adunan. Gaul rata.
- Masukkan badam cencang. Gaul rata lagi.
- Tuang adunan ke dalam loyang.
- Bakar selama 50-60 minit pada suhu 175°C api bawah sahaja yang dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.
- Sejukkan dan sapukan hiasan.
- Pukul semua bahan C pada kelajuan sederhana sehingga putih.
- Sapu di atas kek tadi dan ratakan.
- Potong dan hias ikut kreativiti sendiri sebelum dihidangkan.
Cara Membuat Kek
Cara Membuat Hiasan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.