Bagaimana cara nak masak Kek Keju Coklat Moist?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Keju Coklat Moist
Bagaimana cara nak masak Kek Keju Coklat Moist?
BAHAN-BAHAN
- 200 gram biskut digestive (dihancurkan)
- 100 g mentega
- 2 sudu makan madu
- 3 biji putih telur
- ½ sudu teh krim tartar
- 250 g krim keju
- 60 g mentega
- 100 g gula perang
- 3 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 sudu makan whipping cream
- 3 sudu makan serbuk coklat
- 250 g coklat masakan
Bahan A (Dasar Biskut)
Bahan B
Bahan C (Krim Keju)
Bahan D (Bahan Hiasan)
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan loyang springform. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang.
- Gaulkan semua bahan A di dalam mangkuk. Tuangkan ke dalam loyang. Rata dan tekan padat.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°C api bawah sahaja selama 10 minit.
- Pukul semua bahan B di dalam mangkuk yang bersih dan kering sehingga ringan dan halus.
- Campurkan krim keju, mentega, dan gula perang di dalam mangkuk lain. Pukul sehingga gebu.
- Masukkan kuning telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan whipping cream dan kacau rata.
- Masukkan serbuk coklat berselang-seli dengan bahan B yang sudah dipukul. Kacau rata.
- Masukkan ke dalam loyang biskut tadi dan letakkan di dalam loyang yang berisi air.
- Bakar pada suhu 150°C selama 60-70 minit.
- Apabila sudah masak, biarkan di dalam ketuhar sehingga sejuk.
- Cairkan coklat masakan di dalam periuk ataupun
bekas secara double boiler. - Keluarkan kek daripada ketuhar. Hiaskan kek dengan cairan coklat dan parutkan kepingan coklat masakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.