Bagaimana cara nak masak Kek Epal Hijau?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Epal Hijau
Bagaimana cara nak masak Kek Epal Hijau?
BAHAN-BAHAN
- 250 g mentega
- 170 g gula perang
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh garam
- 250 g tepung naik sendiri (diayak 3 kali)
- 5 sudu makan susu tepung
- 2 biji epal hijau
- 3 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan serbuk kulit kayu manis
- 1 biji epal hijau (dihiris sederhana tebal)
Bahan A
Bahan B (Bahan Hiasan)
CARA PENYEDIAAN
- Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Masukkan mentega dan gula perang di dalam mangkuk dan pukul sehingga ringan dan gebu.
- Masukkan telur satu per satu, esen vanila, dan garam. Pukul rata. Ketepikan.
- Masukkan tepung naik sendiri berserta susu tepung di dalam bekas lain. Kacau rata.
- Parut kasar epal hijau ke dalam adunan tepung. Kacau sebati.
- Masukkan adunan tepung dan epal hijau sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega yang dipukul. Kacau rata.
- Masukkan ke dalam loyang. Hiaskan dengan hirisan epal hijau.
- Gaul gula perang dan serbuk kulit kayu manis. Taburkan di atas adunan kek.
- Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api bawah sahaja selama 40-45 minit.
- Sejukkan dan sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.