Bagaimana cara nak masak Kek Coklat Sweety?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Coklat Sweety
Bagaimana cara nak masak Kek Coklat Sweety?
BAHAN-BAHAN
- 250 g mentega
- 250 g gula perang
- 4 biji telur (Gred B)
- 1 sudu teh esen vanila
- 250 ml susu segar
- 290 g tepung naik sendiri
- 50 g serbuk koko
- 1 sudu teh Nescafe segera
- 1 cawan susu pekat
- 60 g serbuk koko
- 1 sudu teh Nescafe segera
- Chocolate rice
Bahan A
Bahan B (Diayak)
Bahan C (Krim Coklat)
Bahan D (Bahan Hiasan)
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang.
- Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Pukul sebati.
- Masukkan susu segar berselang-seli dengan bahan B.
- Kacau rata dengan senduk kayu.
- Masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapik kertas dan bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 45 minit ataupun sehingga masak.
- Sejukkan dan hiaskan dengan krim coklat.
- Kacau semua bahan C secara double boiler sehingga larut dan sejukkan sekejap.
- Tuangkan ke atas kek dan hias mengikut kreativiti sendiri.
- Taburkan chocolate rice dan bunga hiasan kek mengikut kreativiti.
Cara Membuat Kek
Cara Membuat Krim Coklat
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.