Bagaimana cara nak masak Brownies Manis?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Brownies Manis

Bagaimana cara nak masak Brownies Manis?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 2 cawan gula perang 
  • 1 cawan mentega cair 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan air panas 
  • Bahan B
  • 2 biji telur (gred B) 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • Bahan C
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
  • 150 g badam cencang halus (dipanggang) 
  • Bahan D
  • 250 g coklat masakan  (dipotong kecil) 
  • 1 sudu makan marjerin 
  • 2 sudu makan whipping cream
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan ketuhar pada suhu 175°C selama 10 minit. 
    2. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 10 x 10 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). Ketepikan. 
    3. Kacau semua bahan A supaya sebati. 
    4. Masukkan semua bahan B. Kacau rata. 
    5. Masukkan semua bahan C dan gaulkan supaya sebati. 
    6. Masukkan adunan ke dalam loyang. 
    7. Bakar selama 45-50 minit. 
    8. Sejukkan kek dan salutkan dengan krim coklat. 
    9. Panaskan coklat masakan di dalam periuk ataupun bekas tahan panas secara double boiler. 
    10. Apabila coklat sudah cair, tutup api dan campurkan marjerin. Kacau sebati. 
    11. Masukkan whipping cream dan kacau lagi. 
    12. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN