Bagaimana cara nak masak Kuih Kaswi Pandan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Kaswi Pandan

Bagaimana cara nak masak Kuih Kaswi Pandan?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 3 cawan air 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 helai daun pandan
  • Bahan B
  • 1 cawan air tapisan pandan  (8 helai daun pandan) 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • ½ cawan tepung kanji 
  • 1 sudu teh kapur masakan
  • Bahan C
  • 2 cawan kelapa parut muda (Kelapa putih saja) 
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
    1. Masakkan bahan A dan tapis. Kemudian ketepikan. 
    2. Bancuh semua bahan B bersama bahan A tadi. Kemudian tapiskan ke dalam loyang yang sudah disapu minyak. 
    3. Kukus selama 30 minit. Kemudian angkat dan tunggu sehingga sejuk. 
    4. Di mangkuk yang lain, gaulkan garam dengan kelapa. 
    5. Golekkan kuih yang dipotong bersama kelapa tadi. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN