Bagaimana cara nak masak Cucur Cempedak?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cucur Cempedak

Bagaimana cara nak masak Cucur Cempedak?

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji cempedak (Diambil isinya) 
  • 2 cawan tepung beras 
  • 1 cawan air 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu teh air kapur 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Sedikit garam 
  • Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Bancuhkan semua bahan kecuali cempedak dan minyak masak 
      sehingga rata. Biarkan seketika. Pastikan adunan tidak terlalu cair. 
    2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. 
    3. Masukkan isi buah cempedak ke dalam bahan yang dibancuh tadi. 
      Gaul sehingga tepung rata. 
    4. Masukkan satu per satu ke dalam kuali. 
    5. Balikkan cempedak bagi mendapatkan gorengan yang sekata. 
    6. Apabila sudah kuning keemasan, angkat dan tuskan di dalam tapisan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN