Bagaimana cara nak masak Puding Lapis?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Lapis

Bagaimana cara nak masak Puding Lapis?

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g) 
  • 1 liter air 
  • 1½ cawan gula 
  • 1 tin susu cair (400 ml) 
  • Pewarna merah, kuning, dan hijau
CARA PENYEDIAAN
    1. Masakkan serbuk agar-agar, air, dan gula sehingga larut dan 
      mendidih. Tutup api. 
    2. Masukkan susu cair kemudian kacau rata. 
    3. Tapis kemudian bahagikan agaragar sama banyak kepada 3 
      mangkuk yang berlainan.
    4. Masukkan warna yang berlainan ke dalam setiap 
      mangkuk. 
    5. Tuangkan 1 warna ke dalam acuan dan sejukkan. 
    6. Apabila agar-agar hampir beku, tuangkan lagi 1 warna lain dengan perlahan. Ini bagi mengelakkan warna bercampur. 
    7. Lakukan cara yang sama dengan warna lain sehingga 
      semua warna habis. 
    8. Sejukkan dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN