Bagaimana cara nak masak Kuih Nagasari?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Nagasari

Bagaimana cara nak masak Kuih Nagasari?

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung beras 
  • 2 sudu makan tepung jagung 
  • 4 cawan santan 
  • ½ cawan gula 
  • Pisang emas secukupnya (Dibelah 2) 
  • Daun pisang secukupnya 
  • ½ sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan semua bahan, kecuali pisang emas dan daun pisang. 
      Kacau rata. 
    2. Tapiskan ke dalam periuk dan masak sehingga hampir pekat 
      sambil sentiasa kacau dengan api sederhana. Padamkan api 
      dan biarkan suam.
    3. Layurkan daun pisang dan potong mengikut saiz yang 
      sesuai. Lapkan kering. 
    4. Ambil 2 sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang. Letakkan pisang di tengah-tengah dan letakkan 1 sudu makan adunan tepung 
      lagi. 
    5. Lipatkan daun pisang dan ulangkan sehingga adunan habis. 
    6. Panaskan periuk kukusan sehingga mendidih dan kukuskan kuih selama 15 minit. Sejukkan kuih dan sedia hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN