Perpaduan rasa pandan & cappucino yang sangat lazat. Tidak muak dan sesuai dihidangkan bila-bila masa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KEK BELANG PANDAN CAPPUCINO

Perpaduan rasa pandan & cappucino yang sangat lazat. Tidak muak dan sesuai dihidangkan bila-bila masa.

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 4 biji telur – Gred A
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 50ml susu segar
  • 1sudu teh pes cappucino
  • 1 sudu teh pes pandan
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  • 2. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sekata.
  • 3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes cappucino, satu bahagian dengan pes pandan dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. Saya masukkan didalam plastik segitiga untuk memudahkan proses melapis adunan.
  • 4. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Lapis adunan ke dalam loyang berselang seli. Lorek sedikit dengan lidi untuk corak yang lebih menarik.
  • 5. Bakar pada suhu 170c selama 45minit – 50minit (Bergantung pada oven masing-masing).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN