Menggunakan doh asas untuk roti, dimasukkan inti dan salut dengan serbuk roti sebelum digoreng.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ROTI GORENG BERINTI

Menggunakan doh asas untuk roti, dimasukkan inti dan salut dengan serbuk roti sebelum digoreng.

BAHAN-BAHAN

  • 200gm tepung protein tinggi
  • 25gm gula kastor
  • 25 ml air
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 bungkus yis (6gm)
  • 25 gram marjerin
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 biji kuning telur
  • Inti (Boleh pelbagaikan)
  • Bahan untuk menyalut roti :-
  • 1 biji putih telur – pukul dengan garfu
  • Serbuk Roti secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Campur tepung gandum, gula, susu tepung, yis dalam mangkuk besar. masukkan kuning telur, dan air sedikit demi sedikit sambil di uli hingga kenyal.
  • 2. Masukkan pula marjerin dan garam , uli lagi hingga adunan tidak melekat ditangan. Rehatkan doh selama 45 menit hingga mengembang dua kali ganda.
  • 3. Kempiskan doh untuk membuang angin, potong doh seberat 25 gram setiap satu dan bulatkan. Rehatkan doh lagi selama 15 minit.
  • 4. Leperkan doh, isi dengan inti secukupnya dan bentukkan. Celup ke dalam putih telur, golekkan ke dalam serbuk roti.
  • 5. Rehatkan lagi doh selama 10 minit, dan goreng dalam minyak yang banyak dan terendam hingga masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN