Resepi ini diilhamkan dari french crullers yang dijual dekat Mr Donut dekat Aeon. Simple tapi sedap dan seakan-akan cair dalam mulut. French crullers macam donat tapi tak perlu yis. Sepatutnya bentuk macam donat dan dibentuk menggunakan piping bag. Tapi sebab tak ada peralatan semua tu, jadi terhasillah cucur french crullers. Buat macam cekodok pisang guna sudu untuk goreng. Lepas goreng, sira dengan gula macam buat kuih keria. Sedap dan yang penting senang!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cucur French Crullers

Resepi ini diilhamkan dari french crullers yang dijual dekat Mr Donut dekat Aeon. Simple tapi sedap dan seakan-akan cair dalam mulut. French crullers macam donat tapi tak perlu yis. Sepatutnya bentuk macam donat dan dibentuk menggunakan piping bag. Tapi sebab tak ada peralatan semua tu, jadi terhasillah cucur french crullers. Buat macam cekodok pisang guna sudu untuk goreng. Lepas goreng, sira dengan gula macam buat kuih keria. Sedap dan yang penting senang!

BAHAN-BAHAN

  • Satu cawan air
  • 6 sudu besar butter
  • 2 sudu kecil gula
  • Sedikit garam
  • Satu cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan air
  • Setengah cawan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan satu cawan air, butter, gula dan garam dalam periuk dan panaskan sampai mendidih.
  • Masukkan tepung dan kacau sampai permukaan bawah periuk ada satu lapisan nipis tepung. Adunan tepung akan membentuk doh.
  • Tutup api dan biarkan doh sejuk.
  • Lepas doh sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan goreng macam cucur. Tapi kalau ada piping bag, boleh lah guna untuk membentuk donat.
  • Lepas semua dah digoreng, ambil periuk lagi satu dan buat gula untuk disira atas cucur. Masukkan gula dan air. Panaskan sampai gula cair.
  • Lepas gula cair, tutup api dan sirakan atas cucur kita tadi. Siap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN