Buat untuk makan2 bersama tamu hujung minggu, sesuai sangat dijadikan juadah berbuka puasa….kalau minat dengan labu sudi-sudilah cuba… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Som-Som Labu

Buat untuk makan2 bersama tamu hujung minggu, sesuai sangat dijadikan juadah berbuka puasa….kalau minat dengan labu sudi-sudilah cuba… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 cawan padat labu lecek
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sb tepung jagung
  • 2 cawan santan (3/4 cwn santan pekat + air)
  • 3/4 sk garam
  • secukup pewarna kuning jika perlu
  • Secukup sirap gula melaka…resepi boleh dilihat di sini…http://www.myresipi.com/top/detail/11396
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan2 ke dalam periuk bersih. Kacau2 hingga rata. Nyalakan api dan masak hingga adunan pekat dan meletup2. Adunan hendaklah dikacau sentiasa. Tahap ini jika ada lebihan labu kukus, didadu kasar dan masukkan ke dalam adunan dan kacau perlahan hingga sebati. Matikan api.
  • Segera masukkan adunan ke dalam loyang atau terus ke dalam bekas mangkuk2 kecil untuk dihidang.
  • Boleh juga dimasukkan ke dalam acuan2 kecil tapi hendaklah dilakukan dengan pantas sebelum adunan mengeras.
  • Hidangkan dengan sirap gula melaka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN