Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan lebih lama selepas digoreng. Peria disagat nipis, direndam dalam air garam sebelum disalut tepung dan digoreng hingga garing.
Petua paling penting ialah memastikan peria ditos dan dikeringkan betul-betul sebelum digaul dengan tepung. Campuran tepung goreng bersama sedikit tepung beras pula membantu menghasilkan tekstur yang lebih rangup.
Selepas digoreng, jangan terus masukkan ke dalam balang. Biarkan peria sejuk sepenuhnya terlebih dahulu supaya wap tidak terperangkap dan menyebabkan ia cepat lemau. Memang sedap kalau nak ratah begitu sahaja!
Baca juga: Resipi Sayur Peria Goreng Telur, Ini Tips Hilangkan ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan
RESEPI PERIA GORENG RANGUP & PETUA TAK CEPAT LEMAU

Bahan-bahan:
- Peria (disagat)
- Air garam
- Tepung ayam goreng segera atau tepung goreng pilihan
- Sedikit tepung beras
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Sagat peria hingga nipis.
- Rendam peria dalam air garam selama 30 minit.
- Toskan peria dan pastikan ia dikeringkan betul-betul.
- Gaulkan peria dengan tepung goreng pilihan dan tambahkan sedikit tepung beras.
- Panaskan minyak dan goreng peria hingga garing dan crispy.
- Angkat dan toskan minyak.
- Biarkan peria goreng sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang.
- Simpan dalam bekas bertutup supaya teksturnya kekal rangup lebih lama.
Sumber: Farisyah Risya
Baca juga: Resipi Acar Peria, Ini Petua Hilangkan Rasa ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

