Mee kari Chinese style biasanya lebih sedap dengan kuah yang sedikit cair kerana rasanya lebih ringan dan tidak terlalu berat.

Namun, sesekali seronok juga bertukar selera dengan versi ala melayu yang menggunakan campuran rempah dan santan untuk menghasilkan kuah yang lebih beraroma.

Kalau selalu menikmati mi kari Chinese style, apa kata cuba pula versi ini di rumah. Boleh juga ubah kepekatan kuah mengikut selera supaya lebih sesuai dengan cita rasa masing-masing.

Baca juga: Cara Buat Mee Kari Simple Berkuah Lembut & Pekat, Aromanya Cukup Memikat Selera

MEE KARI CHINESE STYLE

mee kari chinese style

Bahan-bahan:

  • 4 paket serbuk kari daging
  • Daging dipotong kecil
  • 1 paket serbuk cili
  • 1 biji bawang besar, dihiris untuk tumis
  • 4 biji bawang besar, dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 4 sekawan
  • Daun kari
  • 1 batang serai, diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • Serbuk secukup rasa
  • 250 ml santan kotak
  • Tauhu pok
  • Fucuk
  • Mi kuning

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang besar yang dihiris bersama 4 sekawan dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, iaitu bawang besar, bawang putih, dan halia. Tumis sehingga bahan kisar masak dan naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau rata supaya rempah sebati dengan bahan tumisan.
  4. Masukkan santan dan serai yang telah diketuk. Kacau secara berterusan dan masak sehingga kuah mula mendidih serta pecah minyak. Cara ini membantu menghasilkan kuah yang lebih cantik tanpa santan mudah pecah.
  5. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan kuah mereneh sehingga rasa sebati.
  6. Perasakan semula mengikut cita rasa. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air dan masak sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
  7. Setelah kuah kari siap, tuangkan ke atas mi dan hidangkan bersama bahan pelengkap pilihan.

Nota: Untuk mendapatkan kuah yang cantik dan mengelakkan santan mudah pecah, santan boleh dimasukkan ketika menumis dan dimasak bersama bahan tumisan sehingga minyak naik.

Sumber: Threads @nrlhdyh__.22

Baca juga: Resipi Mee Kari Udang Sambal Pekat Berempah, Makan Panas-Panas Sampai Tak Sedar Dah Mangkuk Kedua!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending