Kalau anda gemarkan hidangan mi yang kenyal dan penuh rasa, resepi mee udon goreng ini sesuai untuk dicuba. Udon yang digoreng bersama daging menghasilkan hidangan yang mengenyangkan dengan rasa yang kaya dan beraroma.

Perapan yang digunakan memberikan rasa yang lebih sebati pada daging, manakala cendawan shiitake menambahkan rasa umami. Cili padi pula memberikan sedikit rasa pedas yang menaikkan selera tanpa menghilangkan rasa bahan-bahan lain.

Hidangan ini sesuai dinikmati ketika masih panas kerana tekstur udon kekal kenyal dan sosnya lebih terasa pada setiap suapan. Tambahan daun bawang di akhir masakan turut memberikan aroma segar yang melengkapkan hidangan.

Baca juga: Cara Masak Mee Goreng ‘Berlemoih’ Satu Kuali, Kuah Pekat & Tak Pernah Gagal

RESEPI MEE UDON GORENG

resepi mee udon goreng

Bahan-bahan:

  • 4 pek mee udon
  • 1 biji bawang Holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan
  • 4 biji cili padi
  • 4 batang daun bawang, dihiris
  • ¼ cawan air
  • 300g daging, dihiris nipis

Bahan perapan daging:

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap hitam mushroom
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan perapan dan gaul sebati bersama hirisan daging. Perap sekurang-kurangnya 15 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga berubah warna.
  4. Masukkan cendawan shiitake dan cili padi. Gaul sehingga cendawan mula lembut.
  5. Masukkan mi udon dan ¼ cawan air. Gaul rata supaya sos meliputi keseluruhan udon.
  6. Masak sehingga udon panas dan kuah sedikit pekat.
  7. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan gaul sekejap sebelum dihidangkan.

Sumber: Threads @ruma.samarinda

Baca juga: Cara Buat Mee Udon Simple Di Rumah, Rasa Umami & Pedas Manja Yang Memikat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending