Sempena Hari Kopi Sedunia, anda tak perlu ada mesin kopi untuk buat air Iced Spanish Latte sendiri di rumah. Dengan serbuk kopi segera pun boleh dapat air kopi yang berkrim, manis dan menyegarkan.

Gabungan kopi bersama susu pekat dan susu segar ini memang sesuai diminum sejuk, terutama bila nak rasa kopi yang lebih berkrim tanpa perlu keluar ke kafe.

Kalau ada serbuk kopi segera di dapur, boleh terus cuba resipi air Iced Spanish Latte ini. Sukatannya pun mudah dan tak perlukan banyak bahan.

Baca juga: Resipi Air Coconut Shake Guna Isi Kelapa Tua, Memang Tak Kalah… Sedap Macam Di Gerai!

RESIPI ICED SPANISH LATTE VERSI DI RUMAH

iced spanish latte

Bahan-bahan:

  • 1-2 sudu kecil serbuk kopi segera
  • 30 ml air panas
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 200 ml susu segar
  • Ais secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan seebuk kopi segera ke dalam gelas.
  2. Tuangkan 30 ml air panas dan kacau sehingga kopi larut.
  3. Masukkan 2 sudu besar susu pekat manis ke dalam bancuhan kopi. Kacau hingga sebati.
  4. Sediakan gelas lain dan isi dengan ais secukupnya.
  5. Tuangkan 200 ml susu segar ke dalam gelas berisi ais.
  6. Tuangkan bancuhan kopi tadi perlahan-lahan ke dalam susu.
  7. Kacau sebati sebelum diminum. Siap!

Untuk rasa kopi yang lebih kuat, boleh gunakan 2 sudu kecil serbuk kopi segera. Kalau lebih suka rasa yang ringan dan berkrim, gunakan 1 sudu kecil sahaja.

Jumlah ais juga boleh disesuaikan mengikut cita rasa. Lagi banyak ais, lagi ringan rasa minuman selepas ais mula mencair.

Sumber: Youtube sugarlimes

Baca juga: Resipi Air Probiotik Oren Kunyit Untuk Perut Sembelit, Bantu Buang Angin & Turunkan Paras Kolestrol

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending