Petua pilih tomato sebenarnya tak susah, cuma ramai yang main ambil berdasarkan saiz dan warna paling cantik sahaja. Sedangkan, warna tomato boleh memberi petunjuk tentang tahap kematangan dan teksturnya. Tomato yang merah ranum dan yang masih ada sedikit hijau pada bahagian tangkai juga mempunyai kegunaan yang berbeza.
Kalau nak tomato yang sedap dimakan mentah atau dimasukkan ke dalam salad, tomato yang sudah masak memang pilihan yang tepat. Namun, kalau nak beli untuk dibuat stok beberapa hari, tomato yang lebih padat dan masih sedikit muda boleh jadi pilihan lebih baik.
Jadi, selepas ini jangan sekadar tengok tomato yang paling merah dan cantik sahaja. Cuba perhatikan juga bahagian atasnya. Ada satu petua mudah yang boleh membantu anda pilih tomato mengikut kegunaan.
Baca juga: Petua Epal Tak Cepat Lebam Selepas Dipotong, Rupanya Cuma Perlu Buat 1 Langkah Ini
PETUA PILIH TOMATO YANG BETUL IKUT KEGUNAAN MASAKAN
1. Tomato oren-merah
Kalau nampak tomato berwarna oren-merah yang cantik, berkilat dan nampak ranum, itu biasanya menunjukkan tomato tersebut sudah masak.
Tomato seperti ini mempunyai isi yang lebih lembut dan berair. Sebab itu ia kurang sesuai jika mahu disimpan terlalu lama kerana lebih cepat menjadi lembik apabila semakin ranum.
Tomato yang masak sepenuhnya juga mempunyai kandungan air yang tinggi dan teksturnya lebih lembut. Kalau nak terus guna untuk makan, salad atau hidangan yang tidak memerlukan tempoh simpan lama, bolehlah pilih tomato jenis ini.
Untuk masakan pula, jangan masak terlalu lama jika mahu tomato masih mengekalkan bentuknya kerana isinya mudah pecah dan mengeluarkan jus.
2. Tomato ada ‘topi’ hijau kecil

Ini bahagian yang ramai mungkin tak perasan. Kalau pada bahagian atas tomato masih ada ‘topi’ hijau kecil di sekitar tangkainya, tomato tersebut biasanya masih belum terlalu ranum.
Teksturnya juga lebih padat dan rangup berbanding tomato yang sudah merah sepenuhnya. Tomato yang lebih muda dan pejal juga lebih sesuai jika mahu dijadikan stok di rumah kerana tidak terlalu cepat lembik.
Kalau nak masukkan dalam salad, tomato yang masih padat begini pun menarik kerana teksturnya lebih rangup dan tidak mudah hancur apabila dipotong.
Sumber: Nurul Shima
Baca juga: Nak Brokoli Kekal Rangup? Ini Masa Masak Yang Betul Ikut Kaedah Masakan, Tak Lagi Lembik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

