Pernah tak anda jalan masuk rumah orang yang rumanya sentiasa wangi, pastu terus rasa tenang sebab bau dia ya ampun…fresh dan wangi macam duduk kat spa?

Tapi bila balik rumah sendiri, siap pasang diffuser dan sembur pewangi mahal-mahal, bau wangi tu cuma bertahan 5 minit je. Pastu bertukar jadi bau kepam balik!

Sebenarnya, petua nak bagi rumah sentiasa wangi bukan terletak pada berapa mahal pewangi yang anda beli.

Puncanya adalah ‘sarang’ bau hapak yang  tersorok dan anda selalu terlepas pandang bila kemas rumah. Selagi kawasan ni tak dibersihkan, semburlah pewangi sebotol pun, bau dia tetap akan clash!

Jom check 5 bahagian tersorok ni yang wajib anda bersihkan kalau nak hilangkan bau rumah yang kurang menyenangkan:

1. Sponge & Kain Lap Dapur

  • Punca Bau Kepam: Kain lap dan span dapur yang lembap adalah kawasan ‘kegemaran’ bakteria untuk membiak dengan cepat. Setiap kali anda lap meja atau cuci pinggan guna span kepam, bau hanyir tu sebenarnya melekat balik kat permukaan barangan dapur tanpa disedari!

  • Cara Mudah: Rendam kain lap dalam air panas bercampur cuka masakan seminggu sekali untuk bunuh kuman. Untuk span cuci pinggan pulak, pastikan korang perah sampai kering selepas guna dan tukar baru sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

2. Karpet & Langsir (Tekstil Rumah)

Karpet

  • Punca Bau Kepam: Fabrik ni ibarat ‘span’ gergasi yang menyedut dan mengumpul segala jenis bau dalam rumah daripada bau asap tumisan sambal belacan, bau minyak menggoreng, sampai lah bau peluh dan habuk yang terperangkap.

  • Cara Mudah: Tabur baking soda secara merata atas karpet, biarkan 15 hingga 30 minit untuk dia serap segala bau kotor, lepastu vacuum bersih-bersih. Untuk langsir pulak, rajin-rajin sembur dengan fabric refresher atau cuci sekurang-kurangnya 2-3 bulan sekali.

3. Tong Sampah & Penutupnya

Tong Sampah

  • Punca Bau Kepam: Anda mungkin rajin buang plastik sampah setiap hari, tapi perasan tak air sisa makanan kekadang tertumpah kat dasar tong atau melekat kat bahagian bawah penutup dia? Sisa cecair inilah yang mereput dan menghasilkan bau meloyakan yang kuat.

  • Cara Mudah: Basuh tong sampah seminggu sekali guna cecair peluntur atau sabun basuh pinggan. Sebelum meletakkan plastik sampah baru, alaskan dasar tong dengan tisu dapur yang dititiskan beberapa titik essential oil (seperti lemon atau peppermint).

4. Penapis Air Conditioner (Aircond)

Aircond

  • Punca Bau Kepam: Bila pasang aircond je rasa macam ada tiupan angin berbau hapak atau lembap? Itu tandanya penapis aircond anda dah dipenuhi habuk tebal dan kelembapan yang perangkap spora kulat.

  • Cara Mudah: Buka penapis aircond sekurang-kurangnya dua minggu sekali, cuci guna air paip dan biarkan kering sepenuhnya sebelum dipasang balik. Udara bilik bukan sahaja rasa lebih fresh dan bebas habuk, tapi bilik pun jadi cepat sejuk!

5. Sinki & Saluran Paip Masuk

Paip Singki

  • Punca Bau Kepam: Sisa minyak gorengan, cebisan makanan kecil, dan lemak sabun yang mendap kat dalam perangkap (trap) paip sinki dapur akan membusuk dari masa ke semasa dan mengalirkan bau busuk naik ke atas tanpa kita sedar.

  • Cara Mudah: Tuang satu cawan baking soda diikuti satu cawan cuka masakan terus ke dalam lubang sinki. Biarkan 15 minit untuk dia bertindak balas (berbuih), kemudian curah satu periuk air panas mendidih. Paip terus lancar dan bebas bau!

Bila 5 bahagian tersorok ni dah betul-betul bersih dan bebas punca bau, barulah lilin wangi, reed diffuser atau semburan pewangi rumah korang dapat berfungsi dengan cemerlang.

Bukan rumah sentiasa wangi, tapi rasa sejuk dan selesa nak didiami! Anda rasa antara 5 tempat kat atas ni, yang mana satu paling jarang anda cuci?

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending