
“Tak nak makan…”, “Nanti lah…” atau “Tak lapar lagi…”
Kalau anda pernah dengar ayat ini setiap pagi, anda bukan seorang saja. Ramai ibu bapa berdepan situasi yang sama, lebih-lebih lagi apabila anak baru bangun tidur atau sibuk nak bersiap ke sekolah.
Kadang-kadang, bukan sebab makanan tak sedap. Cara hidangan yang lebih menarik dan menu yang berbeza sedikit pun boleh membuatkan anak lebih teruja untuk mencuba. Jom cuba lima idea sarapan mudah ini!
1. Mini Banana Oat Pancake

Kalau anak suka makanan yang lembut dan mudah dipegang, mini pancake memang antara pilihan yang sesuai.
Bahan-bahan:
- 1 biji pisang masak
- 1 biji telur
- 4 sudu besar oat kisar
- Sedikit serbuk kayu manis (pilihan)
Cara penyediaan:
- Lenyek pisang hingga halus.
- Campurkan bersama telur dan oat.
- Tuang sedikit adunan ke atas kuali non-stick.
- Masak sehingga kedua-dua belah keperangan.
Tip: Gunakan acuan pancake berbentuk haiwan atau bintang untuk menjadikan sarapan lebih comel.
2. Egg Muffin Cheese

Kalau anak cepat bosan dengan telur rebus atau telur dadar, cuba tukarkan kepada egg muffin yang lebih mudah dimakan.
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- Keju parut
- Lobak merah (dipotong kecil)
- Bayam cincang
Cara penyediaan:
- Pukul telur sehingga sebati.
- Masukkan semua bahan.
- Tuang ke dalam acuan muffin.
- Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
Tip: Boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk untuk sarapan keesokan hari.
3. Yogurt Buah Pelangi

Menu ini sesuai untuk anak yang lebih gemar makanan ringan pada waktu pagi.
Bahan-bahan:
- Yogurt asli
- Strawberi
- Kiwi
- Mangga
- Blueberry
- Granola (pilihan)
Cara penyediaan:
- Susun buah mengikut warna.
- Tambahkan yogurt.
- Taburkan sedikit granola sebelum dihidangkan.
Tip: Hidangkan dalam mangkuk atau cawan yang berwarna-warni supaya nampak lebih menarik.
4. Mini Pizza Roti

Menu ini sering menjadi kegemaran kanak-kanak kerana rasanya seakan-akan piza.
Bahan-bahan:
- Roti
- Sos tomato
- Keju mozzarella
- Sosej ayam
- Jagung
Cara penyediaan:
- Sapukan sos tomato pada roti.
- Susun sosej, jagung dan keju.
- Bakar menggunakan oven atau air fryer sehingga keju cair.
Tip: Gunakan pemotong biskut berbentuk bintang atau hati untuk menghasilkan mini pizza yang lebih comel.
5. Banana Chocolate Roll-Up

Kalau anak sukakan rasa coklat, cuba hasilkan versi homemade yang ringkas ini.
Bahan-bahan:
- Roti
- Pisang
- Sapuan coklat hazelnut secukupnya
- Sedikit serbuk koko (pilihan)
Cara penyediaan:
- Leperkan roti menggunakan rolling pin.
- Sapukan sedikit coklat hazelnut.
- Letakkan pisang dan gulung.
- Panggang atas kuali tanpa minyak selama 2 hingga 3 minit sehingga sedikit garing.
Tip: Potong kepada beberapa bahagian kecil supaya lebih mudah dipegang oleh si manja.
Rahsianya bukan sekadar resipi, tapi cara hidangan
Kadang-kadang, perubahan kecil seperti menggunakan acuan berbentuk haiwan, pinggan berwarna-warni atau memotong makanan kepada saiz yang mudah dipegang boleh membuatkan anak lebih teruja untuk mencuba.
Tak semestinya perlu menu yang rumit. Yang penting, ia mudah disediakan dan tampil menarik di mata si manja.
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














