resipi sambal sardin

Resipi sambal sardin belimbing buluh memang antara lauk yang ringkas tapi cukup membuka selera, lebih-lebih lagi bila dimakan dengan nasi putih panas-panas. Gabungan rasa masam dari belimbing buluh, pedas cili dan lemak sardin memang buat lauk ini lain macam sedapnya.

Kalau anda jenis suka lauk cepat siap tapi tetap padu rasa, resipi ini memang sesuai sangat. Tak perlu bahan yang terlalu banyak, tapi hasilnya tetap “wow”. Sambal ini boleh diolah ikut selera masing-masing. Nak lebih pedas, tambah cili padi. Nak lebih unik, boleh juga masukkan petai. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Sardin Black Pepper, Lauk Bajet Tunggu Gaji Tapi Sedapnya ‘Next Level’!

RESIPI SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH

resipi sambal sardin

Bahan-bahan:

  • Sardin tin (ambil sekali dengan sosnya)
  • Cili besar (ikut tahap pedas)
  • Cili padi (optional untuk lebih kick)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Tomato
  • Serai (dititik)
  • Belimbing buluh (ikut suka)
  • Air asam jawa (jika sambal terlalu kering)
  • Garam dan cukup rasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Optional: Petai (jika suka rasa lebih “power”)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar cili besar, cili padi, bawang putih, bawang merah dan tomato hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis serai yang telah dititik sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan naik aroma sambal yang sedap.
  4. Tambahkan sedikit garam dan cukup rasa, kacau rata.
  5. Jika sambal agak kering, boleh tambah sedikit air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
  6. Masukkan sardin bersama sosnya sekali ke dalam sambal. Gaul sebati dengan perlahan supaya ikan tidak hancur terlalu kasar.
  7. Masukkan belimbing buluh (dan petai jika guna), kemudian kacau hingga semua sebati dan mesra rasa.
  8. Biarkan seketika atas api perlahan supaya semua rasa meresap.
  9. Siap untuk dihidang dengan nasi panas!

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Resipi Tomyam Sardin, Hirup Kuah Rasa ‘Kick’ Sampai Ke Tekak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN