Kek yg mudah, guna blender. Kek ni lembut, rasa masam manis dari kurma dan cranberry.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Crazy Cranberry & Date Cake

Kek yg mudah, guna blender. Kek ni lembut, rasa masam manis dari kurma dan cranberry.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/4 cawan campuran kurma, cranberry dan kismis
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 50g butter
  • 3/4 cawan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan air dan campuran kurma, cranberry dan kismis yang dah dicincang ke dalam periuk dan masak hingga air mendidih dan campuran buah2 lembut. Masukkan gula dan sejukkan.
  • Masukkan campuran kurma tadi dalam blender. Masukkan butter dan telur. Blend hingga sebati. Kalau nak blend tepung dgn campuran kurma pun boleh. Kalau blender kecik, keluarkan campuran ke dalam mangkuk dan masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kaup balikkan hingga sebati.
  • Bakar kek pada 180C selama 35 mins atau hingga kek masak. Guna lidi atau kek tester utk pastikan kek masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN