Sedap!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Coklat Sos Kastard
Sedap!
BAHAN-BAHAN
- Puding Coklat :
- 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
- 500 ml susu segar + 250 ml susu cair
- 100 ml air
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 sb susu pekat
- 2 sb serbuk koko (dibancuh dgn sedikit air panas/suam)
- 1 sb tepung kastard (dibancuh dgn 2 sb air)
- 1 sb mentega
- 1 sk esen vanilla
- untuk Sos Kastard :
- 2 cawan susu segar/susu cair (boleh campur kedua2nya sekali)
- 2 sb tepung kastard
- 4 sb gula pasir
- 1 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan.
- Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan.
- Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
- Untuk Sos Kastard : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.