Kek coklat yang padat, lembut, dan lembab. Resepi asal dari website http://www.exclusivelyfood.com.au/2006/07/chocolate-mud-cake-recipe.html. Resepi di bawah adalah separuh adunan. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/10/resepi-mud-cake-atau-kek-mud.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mud cake (kek mud)

Kek coklat yang padat, lembut, dan lembab. Resepi asal dari website http://www.exclusivelyfood.com.au/2006/07/chocolate-mud-cake-recipe.html. Resepi di bawah adalah separuh adunan. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/10/resepi-mud-cake-atau-kek-mud.html

BAHAN-BAHAN

  • 125g dark chocolate atau coklat masakan
  • 125g butter
  • 1/2st serbuk nescafe
  • 3/8C @ 94ml air masak
  • 1C + 1sb @ 162g tepung gandum
  • 1/8C @15g serbuk koko
  • 1/4st soda bikarbonat
  • 1C @ 220g gula kastor (resepi asal 1C + 1/4C)
  • 2 telur gred A (berat minima ~60g)
  • 1sb minyak masak
  • 1/2 st esen vanila
  • 1/4C buttermilk (homade: 1/4C susu segar + 1st limau nipis/cuka)
  • GANACHE:
  • 125g coklat masakan
  • 100g whipping cream
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 160C.
  • Lengserkan dasar dan tepi loyang bulat berukuran 8″ dengan butter. Alaskan dengan kertas minyak dan lengserkan lagi dengan butter.
  • Masukkan 125g butter, 125g coklat, serbuk nescafe dan air dalam periuk kecil. Panaskan dan cairkan coklat dan butter atas api kecil. Ketepikan pada suhu bilik.
  • Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar.
  • Masukkan gula dan kacau rata (guna whisk je).
  • Dalam mangkuk lain, campurkan telur, minyak masak, esen vanila, dan buttermilk. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan coklat ke dalam campuran telur-tepung tadi. Kacau hingga benar-benar sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar untuk 1 jam 15min, 160C atau bila dicucuk dengan lidi tiada adunan yang melekat (saya bakar lebih masa sikit- tambahan 15min untuk suhu 150C). Tapi ni bergantung pada oven masing-masing.
  • Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik dalam loyangnya (saya terus keluarkan je dan telangkupkan atas redai hingga sejuk).
  • GANACHE: Cairkan coklat masakan dan whipping cream secara double-boil, biarkan hingga suam sebelum dituang atas kek (mungkin akan ada lebihan ganache, boleh buat hiasan lain).
  • *kek agak mengelembung dan keras sedikit di bahagian atas. Potong bahagian yang mengelembung dan telangkupkan kek (biar bahagian bawah yang rata di atas).
  • **Keknya tak berapa manis, mungkin sebab dah kurangkan gula. Sesuai juga kalau dihias dengan ganache yang manis.
  • ***Jangan terlebih bakar, nanti kek kurang moist dan tepinya jadi kering/keras. Mud cake guna suhu rendah sekitar 150-160c untuk masak dan masa yang lama. Kalau tengah tak masak lagi tapi tepi dah masak, tutup bahagian atas dengan foil dan tambah lagi masa memasak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN