sesuai dimakan bersama nasi, nasi lemak, roti sandwich dan sebagainya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tumis Ikan Bilis Belacan

sesuai dimakan bersama nasi, nasi lemak, roti sandwich dan sebagainya

BAHAN-BAHAN

  • Semangkuk ikan bilis yang dibelah dua
  • 2 biji bawang besar bersaiz sederhana
  • 3 senduk cili kering (direbus dan dikisar dengan air)
  • Secubit asam jawa (sebesar ibu jari)
  • 1 sudu besar gula (@ ikut cita rasa)
  • Garam secukup rasa
  • Secubit belacan (sebesar ibu jari)
  • 1 sudu teh pati ikan bilis
CARA PENYEDIAAN
  • Tuang minyak secukupnya untuk menggoreng ikan bilis
  • Goreng ikan bilis selama 1 minit untuk menaikkan baunya kemudian angkat dan ketepikan
  • Masukkan 1 biji bawang besar yang dipotong dan secubit belacan kedalam pengisar, tambahkan air sehingga tenggelam mata pengisar lalu bahan2 dikisar
  • Di dalam minyak bekas menggoreng ikan bilis tadi (pastikan panas), masukkan bahan kisar
  • Setelah 1 minit, masukkan pula 3 senduk cili kering yang telah dikisar
  • Bancuh asam jawa dengan sedikit air lalu masukkan ke dalam kuali
  • Masukkan 1 atau 1 1/2 sudu besar gula atau ikut cita rasa anda
  • Masukkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu teh pati ikan bilis
  • Biarkan sampai naik minyak, kemudian masukkan ikan bilis yang digoreng tadi beserta hirisan sebiji bawang besar yang dipotong bulat2
  • Kacau sehingga ikan bilis masak, bawang layu dan tiada lagi bau cili yang kuat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN